Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.
Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.
“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.
“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.
Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.
“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.
“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.
Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.
“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.
“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer. Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media.
2 monkeys in the pitch!!!!!!!!bicycle kick konon!!!!!!BOOOOOOOOOOO
tweet yang dikeluarkan oleh isteri kepada ketua pasukan Singapura .
Berita Harian sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.
Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.
Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.
Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.
Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.
Selepas kes Syafiqah Amanda Separuh Bogel basah Basah, kini timbul pula kisah Miera Liyana dengan fesyen tayang tayang. kalau selalunya artis artis dok sebok tayang lurah nikmat, kini Miera buat pembaharuan dengan tayang sebelah tepi dan tayang coli lutsinar. umurnya baru mencecah 19 tahun.
ini gambarnya ketika berusia 15tahun
dan ini pula gambar ketika berusia 19tahun yang menjadi isu hangat . ini pakaian yang dipakai semasa Malam Gala ABPBH..

motif dibuka dibahagian tepi?kalau anda perasan, even artis holywood pun jarang pakai pakaian macam nie tetapi kenapa artis Malaysia ada yang pakai sedangkan dikatakan Malaysia negara Islam?hurmm..fikir fikirkan..
berpada padalah dengan fesyen Tak payah nak cari publisiti murahan dengan tayang semua aset. Kalau dah nak tayang sangat, kenapa tak tayang je semuanya, Lagi popular macam Maria Ozawa kan?
sumber : budiey
Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.
Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.
"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya.
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.
Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.
Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.
Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.
suka ayat last tu. Zaman sekarang lelaki bukan boleh percaya sangat. yeke?hehee
KELAKAR Fazura tertawa saat dihujani pertanyaan media tentang isu silikon pecah.
DIA selebriti terkenal, disebut-sebut sebagai antara pelakon berkarakter di layar perak.
Ekoran kredibiliti, pakej kejelitaan semulajadi miliknya, dia dilantik pula sebagai duta pelaris bermacam-macam produk.
Sensasi Nur Fazura Sharifudin diwarnai cerita mahkamah, penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan namanya serta kisah cinta kerabat diraja.
Tiba-tiba terbongkar cerita kononnya implan silikon payu dara Fazura pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan. Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya. Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.
Tidak mahu memberikan ulasan menerusi talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan pelakon berusia 27 tahun itu berakhir di majlis pelancaran wangian terbaru, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian wangian Avon di ibu negara.
"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya..

FAZURA menjelaskan asetnya asli.
Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan. Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.
Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.
Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.
Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.
"Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.
"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.
Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu..


