saya berblogging untuk berkongsi kegembiraan bersama yang lain dan bukan berniat untuk menunjuk nunjuk. InsyaAllah identiti pemilik JomLepakzz ini akan terus menjadi tanda tanya . Cuma hari ni la kantoi sikit sebab entry ini memang untuk lelaki je kan?so admin adalah seorang lelaki. Nama ~rahsia~..hehe
mungkin kebanyakan dari blogger popular adalah wanita , tetapi blogger lelaki juga mampu bergerak sama dan sering dengan blogger perempuan. Mungkin sesetengah blogger perempuan popular dengan rupa paras , readers suka melihat rupa paras blogger yang cantik cantik dan cun cun macam INI .
Tapi, kita boleh lihat kebanyakan entry yang dihasilkan oleh blogger lelaki kebanyakannya lebih berkualiti dari segi pendapat dan kreatif. (no offense) dan entry lelaki lebih banyak dipenuhi dengan sesuatu yang baik untuk diambil sebagai pedoman dan pengajaran. lekaki kan memang ketua kalau dalam rumahtangga pun. Blogger perempuan pulak lebih suka menceritakan tentang kehidupan seharian merek. Apa yang terjadi, shopping dan sbagainya.
Kedua dua blogger wanita dan lelaki sama hebat, sama penting untuk bangunkan dunia blogging ke tahap lebih baik. Wanita dan lelaki kan memang saling memerlukan antara satu sama lain. So kedua duanya sama hebat.
Bagi blogger lelaki yang mampu membuat entry entry menarikd an boleh diingati seperti Zack Zukhairi memang akan cepat popular dikalangan pembaca perempuan. Itulah pentingnya kualiti dalam penulisan. Bukan sekadar blognya cantik tetapi penulisan porak peranda. Kedua duaanya kena berjalan seiring.
Untuk blog wanita yang admin suka baca. Saya lebih suka membaca blog yang santai seperti Miss Lolly dan Fatin Liyana. Bukan kerana mereka cantik tetapi kualiti penulisan yang mampu menarik perhatian pembaca untuk baca sampai habis.



