Suara Misteri Dari Gunung Wilis dan Telaga Ngebel Ponogoro

TULUNGAGUNG, Indonesia - Satu suara misteri yang gemuruh didengari sehingga ke lima buah daerah di Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.
Badan Bencana Daerah di Jawa Timur mencatatkan laporan bahawa penduduk di lima buah daerah mendengar fenomena ganjil tersebut.

Gunung Wilis dan Telaga Ngebel Ponogoro ada suara misteri!


Menurut laporan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencara Geologi, bunyi suara gemuruh itu didengari di Ponorogo, Trenggalek, Tulungagung, Blitar, hingga ke Malang.


Seorang pegawai Badan Bencana Daerah di Jawa Timur, Siswanto berkata, suara misteri itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pergerakan magma di Gunung Wilis.


Suara gemuruh itu juga didengar penduduk di Desa Siyoto Bagus, Kebo Ireng, Sedayu Gunung, Tanggul Turus, dan Desa Besuki.
Terdapat dakwaan penduduk di Kota Ponogoro bahawa mereka mendengar suara gemuruh yang bukan berasal daripada bunyi petir.


Menurut seorang penduduk, Suyadi kepada akhbar dalam talian detikcom, suara itu kerap didengari pada waktu malam.
Menurut seorang lagi penduduk di desa Sooko, Yuli, suara itu sudah didengari sejak sebulan lalu.
"Pada kebiasaannya, (suara itu didengari) pada tengah malam sehingga mendekati waktu subuh" katanya - Agensi

Tags: ,

ADMIN

Terima kasih sebab sudi baca entry ni sampai habis. Lepas baca teruslah tinggalkan komen anda dan klik facebook like button.

0 comments

Post a Comment