Safee Sali & Amirulhadi Digelar Monyet Oleh Isteri Kapten Singapura

  2 monkeys in the pitch!!!!!!!!bicycle kick konon!!!!!!BOOOOOOOOOOO

tweet yang dikeluarkan oleh isteri kepada ketua pasukan Singapura .

 

Berita Harian sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.

Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.

Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.

Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

Tags: , ,

ADMIN

Terima kasih sebab sudi baca entry ni sampai habis. Lepas baca teruslah tinggalkan komen anda dan klik facebook like button.

0 comments

Post a Comment