Otak Manusia Semakin Mengecil

WASHINGTON - Saiz otak manusia mengecil sejak 80,000 tahun lalu sekali gus mencetuskan kebingungan dalam kalangan saintis.

Namun, para saintis menyatakan ia bukan bermakna manusia kini menjadi semakin bodoh tetapi evolusi tersebut membuatkan manusia menjadi lebih bijak dan cekap.

Saiz purata otak manusia moden yang dikenali sebagai homo sapien telah berkurang sebanyak lO peratus iaitu daripada 1,500 kepada 1,359 kubik sentimeter atau sebesar bola tenis.

Otak wanita yang secara puratanya lebih kecil berbanding otak lelaki dilihat mengalami pengecilan yang ketara. Ukuran otak itu dibuat berdasarkan tengkorak yang ditemui di Eropah, Asia Barat dan Asia.

Manusia moden atau nama saintifiknya Neanderthal yang pqpus kira-kira 80 ribu tahun lalu mempunyai saiz otak yang lebih besar.

Sementara itu manusia Cro-Magnon yang melukis lakaran haiwan di gua Las Caux lebih 17,000 tahun lalu ialah homo sapien yang memiliki otak paling besar.

Seorang profesor psikologi dari Universiti Missouri, David Geary dan kumpulan penyelidikannya mendapati saiz otak mengecil apabila kepadatan penduduk meningkat.

Seorang penolong profesor dalam bidang antropologi di Universiti Duke, Brian Hare berkata, pengecilan saiz itu bagaimanapun tidak bermakna manusia moden lebih bodoh berbanding nenek moyang mereka.

Menurutnya, manusia moden kini berjaya membangunkan nilai-nilai kepintaran yang canggih.

Beliau berkata, anjing yang hidup di kawasan sejuk mempuny.ai otak yang lebih kecil daripada serigala namun, katanya, anjing itu lebih bijak kerana ia memahami isyarat manusia dan bersikap hampir sama dengan kanak-kanak. - AFP

Tags:

ADMIN

Terima kasih sebab sudi baca entry ni sampai habis. Lepas baca teruslah tinggalkan komen anda dan klik facebook like button.

0 comments

Post a Comment